PANDUAN PERMOHONAN VISA UMRAH DAN ZIARAH

PERMOHONAN VISA UMRAH DAN ZIARAH 

Para jemaah perlu menyediakan:
Dokumen 1, 2, 3 & dokumen tambahan mengikut keperluan
1.       Passport Antarabangsa yang masih berlaku selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong.
2.       Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4 x 6cm. berlatar belakang putih dan saiz muka 80% (Lelaki:Tidak bersongkok /  Wanita: Bertudung gelap)
3.       Buku/Surat suntikan meningitis ACYW135.
 Dokumen Tambahan
a.        Anak Perempuan yang belum berkawin kurang 45 tahun -1  Salinan Surat Kelahiran Sendiri yang telah DISAHKAN oleh JPN dan Wisma Putra .
b.       Ibu mengikuti anak lelaki/Menantu Salinan Surat Lahir Anak Lelaki Yang Diikuti/Anak Perempuan yang telah DISAHKAN oleh JPN berdekatan dan Wisma Putra

Nota: Kesemua dokumen ini perlu diserahkan ke pejabat Eiman Travel & Tours Sdn. Bhd. 45 hari sebelum hari penerbangan.
* Wanita dibawah 45 tahun dan lelaki dibawah 18 tahun WAJIB pergi bersama mahram lelaki berumur melebihi 18 tahun.

Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen yang diperlukan:
JEMAAH
MAHRAM
DOKUMEN DIPERLUKAN
NOTA
1
Isteri
Suami
Salinan sijil nikah
1.       Pastikan salinan Sijil Nikah telah disahkan oleh Pejabat Agama dan Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)
2.       Pastikan salinan Sijil Nikah tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
3.       Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan suami-isteri tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
2
Anak perempuan dan anak lelaki di bawah 18 tahun
Bapa
Salinan Sijil Lahir
1.       Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) dan Wisma Putra
2.       Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
3.       Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak dan bapa tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
3
Anak angkat
Bapa Angkat
Salinan Sijil angkat (JPN) dan Surat Kuasa Mahkamah Syariah/ Pejabat Agama (Surat Kuasa Hak Jagaan Anak)
1.       Pastikan dokumen tersebut telah disahkan oleh JPN dan Wisma Putra.
2.       Bagi anak angkat yang mempunyai nama bapa angkat di dalam paspot dan Sijil Anak Angkat, salinan Sijil Anak Angkat tersebut hanya perlu disahkan oleh Wisma Putra sahaja dan tidak perlu surat kuasa dari mahkamah.
4
Anak tiri
Bapa Tiri
1.       Salinan Sijil Lahir
2.       Surat Kuasa Mahkamah Syariah/Pejabat Agama (Surat Kuasa Hak Jagaan Anak) 
3.       Letter of Consent dari bapa kandung serta lampirkan salinan kad pengenalan bapa.
1.       Pastikan dokumen berkenaan telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara(JPN) dan Wisma Putra
2.       Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
3.       Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak dan bapa tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
5
Anak saudara
Bapa Saudara sebelah bapa sahaja. 
(Bapa saudara sebelah ibu tertakluk kepada budi bicara kedutaan Arab Saudi)
1.       Salinan sijil lahir anak saudara,
2.       Salinan sijil lahir bapa saudara,
3.       Salinan sijil lahir bapa
4.       Letter of Consent dari bapa kandung sahaja serta lampirkan salinan kad pengenalan bapa.
1.       Pastikan dokumen berkenaan telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara(JPN) dan Wisma Putra
2.       Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
3.       Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak dan bapa saudara tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
6
Cucu
Datuk Sebelah bapa sahaja. 
(Datuk sebelah ibu tertakluk kepada budi bicara kedutaan Arab Saudi)
1.       Salinan sijil lahir,
2.       Salinan sijil lahir bapa
3.       Letter of Consent dari bapa kandung sahaja serta lampirkan salinan kad pengenalan bapa.
1.       Pastikan dokumen berkenaan telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara(JPN) dan Wisma Putra
2.       Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
3.       Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak dan bapa saudara tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
4.       Bagi bapa dan ibu yang telah meninggal salinan Sijil Kematian perlu disahkan oleh Pejabat Pendftaran Negara (JPN) dan Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)
7
Warganegara asing

Pemastuatin Tetap (Permanent Residence)
Kad Pengenalan Asal dan salinan Kad Pengenalan.
Visa Pekerja (Employment Pass)
Surat pengesahan majikan.
Visa Pelajar (Student Visa)
Surat pengesahan dari Kolej/Universiti/Sekolah.
Visa Keluarga (Social Visit)/Independent Pass)
Salinan Sijil Nikah/Sijil Lahir.
5.       Bagi pembantu rumah (Maid) majikan perlu ikut serta.
6.       Visa perlu sahlaku 6 bulan ke atas

Lain-lain kes sila rujuk kepada pegawai Eiman Travel & Tours Sdn. Bhd.

* Jemaah yang pergi dengan datuk / bapa saudara / bapa tiri:
1.       Sila download borang Letter of Consent untuk diisi.
2.       Letter of Concent dari bapa kandung/suami untuk tumpang mahram dengan Datuk / Bapa Saudara / Bapa Tiri diminta penjaga tandatangan sendiri depan pesuruhjaya sumpah berdekatan. 
3.       Sertakan salinan kad pengenalan penjaga.

Di sini kami ingin memaklumkan supaya peserta / jemaah yang ingin keluar negara menyemak sendiri senarai nama yang disekat untuk keluar negara. (Blacklist : Hutang bank, PTPTN dll).Ini untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku ketika di imigresen. Sila layari laman web Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysiahttp://sspi2.imi.gov.my/

Semakan Status Kawalan Imigresen
Laman web ini adalah untuk kemudahan warganegara Malaysia yang ingin menyemak status untuk mendapatkan kemudahan Imigresen bagi permohonan dokumen perjalanan dan perjalanan ke luar negara.